Pengenalan
Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini
terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan
remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan
zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol,
sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.
Pelbagai kes
jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes
melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42
peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes
(17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan
kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70
kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan
ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja
di negara kita ketika ini.
Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan
enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak
jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan
dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin
membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu
bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan
seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi
pendidikan yang sedia ada.
Perkembangan
akhlak seseorang boleh dibahagikan kepad tiga tahap :
a) Tahap awal
kanak-kanak
b) Tahap
pertengahan dan akhir kanak-kanak
c) Tahap baligh
dan remaja
Peringkat Pertama
Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk
keyakinan kepada persekitarannya. Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu
yang berterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya. Hubungan
ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan perkukuhkan sehingga
kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam sekitarnya.
Anak-anak yang tidak memperolehi perhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap
ini perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut
kelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar.
Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajar memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya menyebabkannya ia akan ragu terhadap dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya sekaligus mengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan.

Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta
merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri cukup penting dalam peringkat ini.
Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat personal seperti sayang, benci,
ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan. Dalam peringkat umur 3 hingga 6
tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang
lebih meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin
yang lebih tinggi, banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar
mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran
mengatur dan menyusun sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya melaksanakannya.
Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental
dan fizikal kanak-kanak.
Ibu bapak tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi. Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menunjukkan sifat-sifat yang demikian. Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu hari Nabi keluar menemui kami. Beliau mendokong Umamah Abu 'Asr. Beliau bersembahyang sambil mendokong Umamah, apabila Baginda ruku', beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia dukung semula Umamah. Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada cucunya.Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segala-galanya.Beliau membenarkan anak tersebut bersamanya ketika sembahyang walhal sembahyang itu adalah ibadah yang suci dalam Islam.

Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak
Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluas
arena hubungan sosial dan pergaulannya dengan orang lain yang sekampung atau
sesekolah atau juga rakan sebaya dengannya. Kanak-kanak mula menyesuaikan diri
dengan situasi dan kondisi baru dalam hidupnya. Ia mula membezakan perbuatan
dan jenis-jenis tindak tanduk yang disukai oleh orang lain atau sebaliknya. Ia
gembira jika orang lain puas dengan perbuatannya. Sebaliknya ia kecewa,
menyesal jika orang lain marah kepadanya. Ini adalah permulaannya yang betul
bagi proses pembentukan akhlak yang luhur.
Perkembangan akhlak yang positif ini
menyebabkan kanak-kanak selalu berusaha untuk menyelaraskan antara kehendak
dirinya dengan kehendak orang lain. Antara kecenderungan dan motivasi dengan
nilai agama, akhlak, tradisi, guru, peraturan dan undang-undang. Dalam
peringkat ini terteralah kesedaran tentang tanggungjawab akhlak dalam diri
kanak-kanak sehingga ia mencapai tahap perkembangan akhlak yang ke-3. Dalam
peringkat ini ibu bapa dan guru perlu perihatin kepada kecendurangan ini dan
amat perlu diarahkan secara yang bijaksana sehingga kanak-kanak dapat
memperolehi model yang utama (role model) di samping mengembangkan
kearah nilai-nilai kebaikan.
Peringkat yang ketiga iaitu peringkat baligh dan remaja
Peringkat yang ketiga iaitu peringkat baligh dan remaja
Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar
dan mantap. Fizikal kanak-kanak mula berkembang dan membesar. Perkembangan ini
diikuti oleh perkembangan sosioemosinya di mana anak tersebut mula memperolehi
keperibadiannya yang unik. Ia mula merasakan 'sense of belonging'
kepada kelompok yang lebih besar. Peringkat ini adalah peringkat yang amat
komplikated (rumit) dan ia disertai oleh pengalaman-pengelaman baru serta
peranan dan peluang-peluang yang baru. Menyerlahnya dorongan kejantinaan
semakin merumitkan hubungannya dengan orang lain. Keupayaan fizikalnya semakin
kukuh dan mencapah. Tanggungjawab persekolahan ikut bertambah, disiplin
hidupnya mula terbentuk.
Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang
berupaya mengawal kehendak nalurinya. Ia mula menundukkan diri kepada contoh
utama yang telah terserap jauh dalam batinnya. Ia menjadikan contoh utama
tersebut sebagai kriteria dalam tingkah laku dan situasi yang bersifat moral.
Ia akan beriltizam dengan saranan-saranan dan contoh yang ditunjukkan sama ada
wujud dalam bentuk undang-undang, sistem, adat dan budaya sosial atau
ketiadaannya.
Kesempurnaan perkembangan akhlak berkaitan
dengan kesempurnaan perkembangan akal, kejiwaan dan sosial. Huzaifah
meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah kalian menjadi pak
turut. Kalian menyatakan kalau orang lain buat baik kalian buat baik. Kalau
mereka jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah pendirian kalian. Jika
orang baik kalian wajar berbuat baik. Jika mereka melakukan kejahatan janganlah
pula kalian melakukan."
Pembentukan
Akhlak Remaja Islam
Pembentukan akhlak di dalam Islam dimulai
dengan pengukuhan akidah melalui ikrar bahawa tidak ada Tuhan sebenarnya yang
disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah. Bagi kanak-kanak yang
baru lahir pendedahan ini dimula dengan azan dan iqamat. Dalam peringkat
berikutnya kanak-kanak dilatih dengan budaya hidup beragama Islam oleh ibu
bapanya . Apabila lidah anak-anak sudah boleh bertutur mereka dilatih menyebut
nama Allah dan beberapa ayat ringkas seperti:
وَقُلْ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنْ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا(111)
Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"
atau doa kepada ibu bapak:

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنْ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا(24)
dan lain-lain.
Pengungkapan syahadat sebagai suatu proses
pembangunan akhlak bergandingan dengan tujuh syarat yang mustahak dipenuhi
seperti mana yang disebutkan oleh Saikh Yusuf al-Badri:
a) Ilmu yang menafikan kejahilan
a) Ilmu yang menafikan kejahilan
b) Kecintaan kepada
Allah yang menafikan kecintaan kepada yang lainnya
c) Keyakinan
yang menafikan keraguan
d) Penerimaan
yang menafikan penolakan
e) Kepatuhan
yang menidakkan keingkaran
f) Keikhlasan
yang menafikan kesyirikan
g) Kejujuran
yang menafikan sifat mendustakan atau sekadar berlakon.
Pemantapan kalimah tauhid ini bermakna
pendidikan membentuk pemikiran, perasaan serta penanaman nilai-nilai keimanan
yang dinyatakan oleh Rasulullah sebagai 60 atau 70 lebih cabang dalam diri umat
Islam. Sesungguhnya kesedaran manusia tentang kewujudan, kebesaran, kekuasaan
dan keesaan Allah s.w.t.tentunya akan menimbulkan keperihatinan yang tinggi
terhadap arahan-arahanNya.
Dalam konteks yang sama, perkara utama yang perlu dilakukan oleh seorang muslim ialah memastikan dirinya bersih dari kekufuran atau tanda-tanda kekufuran kepada Allah dan Rasulnya; iaitu samada menafikan perkara-perkara asas agama, atau melakukan perkara-perkara yang membatalkan syahadat. Kemudian, ia harus memastikan dirinya terlepas dari sifat-sifat kemunafikan, samada yang bersifat tanggapan mahupun yang bersifat amalan. Kemunafikan dalam tanggapan umpamanya, meyakini sesuatu yang bercanggah dengan hakikat Islam yang sebenar walhal lidahnya mengatakan ia menurut Islam yang sebenar. Kemunafikan dalam amalan ialah melakukan akhlak-akhlak orang yang munafik seperti tidak mematuhi janji, membiasakan diri dengan berdusta dan bersifat khianat. Ia hendaklah memastikan dirinya bersih daripada kefasikan atau penderhakaan kepada Allah. Tidak melakukan apa yang dilarang oleh Allah. Tidak menyalahi perintah Allah. Manusia muslim mesti menghindarkan diri dari segala kejahatan ; lahir dan batin.

Pembangunan akhlak bermula dengan perlaksanaan :
1. Sholat.
2. Zakat dan infak.
3. Puasa.
4. Haji.
5. Membaca Al-Qur'an.
6. Zikir.
7. Memikirkan
penciptaan Allah.
8. Mengingati
mati dan memendekkan angan-angan.
9. Muraqabah,
muhasabah, mujahadah dan mu'atabah.
10. Jihad, amal
makruf dan nahi mungkar.
11. Dedikasi
dan bersifat tawadduk.
12. Mengenali
tipu daya syaitan terhadap manusia serta menangkis dan menutup laluannya.
13. Mengenal jenis-jenis penyakit hati serta mengetahui cara-cara merawatnya.
13. Mengenal jenis-jenis penyakit hati serta mengetahui cara-cara merawatnya.
Rumusan
Gagasan dan
tugas untuk membangun, memupuk dan meningkatkan mutu akhlak umat khasnya di
kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Ia tidak dapat dilakukan
dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti
kemanusian yang tinggi. Ia harus bermula dengan melahirkan para pemimpin umat
yang berakhlak, beriman dan bertakwa. Pemimpin yang mempunyai iltizam yang
tidak berbelah bagi kepada set-set nilai akhlak Islam, mempunyai kerohanian
yang amat tinggi, mewarisi ciri perjuangan Rasulullah yang diutus untuk
membangun akhlak dan keluhuran akan beroleh kedudukan dalam pemerintahan lantas
memastikan semua umat menunaikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh yang
makruf, mencegah yang mungkar, menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah,
mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah. Mereka menguatkuasakan sistem
hidup Islam yang memang membela akhlak. Mereka melaksanakan undang-undang Allah
yang sebenarnya memang melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat.
Dengan adanya
pemimpin yang soleh dan bertakwa seluruh agen sosialisasi dan jentera kerajaan
akan menghala ke arah yang sama. Rakyat akan terbentuk oleh media yang beretika
dan berakhlak. Pengaruh luar yang buruk akan disekat samada dalam rancangan tv,
filem, internet maupun apa jua pengaruh lain yang mengancam jatidiri dan maruah
umat. Dasar-dasar kementerian dan agensi pembangunan masyarakat akan selaras
dengan tuntutan nilai dan tatanan akhlak. Tidak berlaku proses pertentangan
antara kerja membangun dan merosak akhlak serentak dalam jentera-jentera berkenaan.
Agenda-agenda khusus menangani gejala keruntuhan dan kemorosatan akhlak akan disusun dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Segala-galanya akan dimanfaatkan dalam menjana kekuatan untuk meningkatkan mertabat umat dalam segala bidang.Kebenaran keadilan dan ihsan akan didaulatkan . Manusia diasuh kembali menjadi hamba Allah yang ta'at dan bukan hamba benda, wang, pembangunan, bangsa atau negara. Semoga semua langkah-langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa, khasnya di kalangan remaja kita dewasa ini.

http://asnahhamid.blogspot.com/